Bagaimana Nak Hentikan Pengambilan Gula?

FASA 1: Hapuskan Minuman Bergula

Menghirup minuman tinggi gula dan tiada fiber (minuman ringan, air manis, minuman kopi) akan meningkatkan paras insulin badan dan isyarat keinginan anda untuk makan. Kesannya, anda akan menjadi cepat lapar. Dalam tempoh dua minggu, cuba elak semua jenis minuman bergula. Jika anda bosan dengan air kosong, minum seteguk air seltzer atau teh atau kopi tanpa gula.

FASA 2: Berhenti Makan Makanan Ringan yang Bergula



Contohnya kek, biskut, dan gula-gula. Pilih makanan segar berbanding makanan ringan yang diproses kerana hampir 80 peratus daripadanya mengandungi banyak gula tambahan. Langkah pertama, kenali makanan yang anda paling sukar untuk elak seperti cupcakes, dan cuba hentikan pengambilannya dahulu. Dalam tempoh dua minggu akan datang, hentikan pengambilan semua jenis makanan ringan lain yang manis. Ambil buah apabila keinginan anda kembali.

FASA 3: Kurangkan karbohidrat biasa



Pada masa ini, kemungkinan anda telah pun berjaya mengurangkan separuh daripada kadar pengambilan gula yang biasa anda ambil dan berat badan anda telah pun turun. Seterusnya anda harus kurangkan karbohidrat ringkas seperti nasi, keropok, roti putih dan kurangkan satu persatu setiap dua minggu akan datang. Contohnya, daripada 2 cawan nasi yang biasa disediakan, gantikan 1 cawan nasi dengan sumber protein untuk satu masa dan kemudian gantikan cawan kedua dengan sayuran.

FASA 4: Perhatikan Gula Tersembunyi



Yang ini paling sukar kerana gula tersembunyi sukar dikesan. Sentiasa semak label ramuan makanan terutamanya perasa, sos, salad dressing dan juga semua makanan yang berasaskan gula. Sesetengah makanan dilabel sebagai bebas gula tetapi hakikatnya masih mengandungi karbohidrat ringkas.

FASA 5: Teruskan!



Tidak menjadi kesalahan untuk menikmati makanan kegemaran anda, tetapi tumpukan pada keinginan anda. Sepotong kek sudah mencukupi untuk seorang wanita, tetapi ada wanita lain tidak berasa cukup dengan hanya sepotong kek. Ada orang akan melepaskan nafsu makan dengan berlebihan apabila terlalu lama meninggalkan makanan seperti itu. Namun, apabila anda berjaya menjauhi tabiat itu, lama kelamaan deria rasa lidah akan kembali normal dan menjadi sensitif terhadap makanan manis.

AMALKAN PEMAKANAN YANG LEBIH SIHAT !

Comments