PETUA KULIT CANTIK




Seriously sangat mudah dan tak perlu kos yang mahal hanya guna ais sahaja anda dah boleh nampak cantik tau. Jom ikuti tips-tips dibawah. 
Selamat mencuba.


Facial Ais Batu Biasa.
1. Facial Ais Batu Biasa.

Bagi merawat jerawat dan juga menghilanglan parut jerawat, caranya mudah hanya ambilkan ketulan ais dan gosokkan ke atas jerawat anda secara perlahan-lahan selama lebih kurang 10 - 15 minit. Bagi mengecilkan pori-pori wajah yang terbula juga lakukan langkah yang sama dengan menggosok ais batu keseluruh wajah anda. Lakukan setiap hari dan anda akan dapat melihat hasilnya yang memuaskan.

Facial Ais Batu Timun, Madu, dan Lemon.
2. Facial Ais Batu Timun, Madu, dan Lemon.

Untuk mendapatkan kulit cerah, anda boleh buat sendiri facial ais batu ini. Caranya campurkan air, timun yang sudah dikisar, madu, dan air perahan lemon. Kemudian bekukan di dalam peti sejuk. Cara menggunakannya pula mudah keluarkan ais batu dari peti sejuk, biarkan diluar dulu agar sedikit mencair. Selepas itu barulah disapukan ke seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 5-10 minit, baru dibilas dengan air bersih. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata. Untuk kesan yang lebih baik boleh gunakan ait mawar sebagai ganti air biasa.
LikeShow More Reactions
Comment
Comments

Facial Ais Batu Teh Hijau

3. Facial Ais Batu Teh Hijau

Bancuhkan teh hijau. Biarkan sejuk sehingga asapnya hilang. Masukkan ke dalam acuan ais batu. Bekukan di dalam peti sejuk. Kita boleh menggunakan ais batu teh hijau ini untuk mengatasi masalah kelopak bawah mata (mata sembab). Selain itu, kandungan kafein dan ais boleh mengurangkan bengkak dan cecair berlebihan di sekeliling mata. Caranya, keluarkan ais tadi dan biarkan diluar sebentar sehingga ais tadi mencair sedikit sahaja kemudian gosokkan dibawah mata perlahan-lahan. Amalkan selalu untuk dapatkan hasil yang lebih baik.

 #kulitcantik #cantik


Comments