SUKAR TURUNKAN BERAT BADAN.

Sukar dan punca



Bagi setiap wanita, memiliki tubuh langsing ataupun potongan bentuk badan menarik adalah dambaan golongan ini, malah mereka berpendapat perkara ini meningkat lagi keyakinan diri apabila berhadapan dikhalayak umum


Maka tidak hairanlah jika ada di antara mereka sanggup berbelanja besar dan mencuba pelbagai produk pelangsingan badan untuk merealisasikan hasrat bagi memiliki bentuk tubuh yang menarik dan berat badan ideal

Dek kerana keghairahan mereka itu, juga menimbulkan pelbagai keluhan malah ada sudah berputus asa kerana apa yang diusahakan selama ini tidak membuahkan hasil

PUNCA DAN KENAPA BERAT BADAN GEMUK SUSAH MAHU TURUN

Sebenarnya punca berat badan naik dan susah turun adalah disebabkan kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar antaranya seperti berikut

PENGAMBILAN AIR SODA 
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang.

Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa KURANG TIDUR Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan


KURANG TIDUR 
Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan

TIDAK BERSARAPAN
Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti

MAKAN TERLALU CEPAT 
Kunyah makanan perlahan-lahan. Ini tidak, kalau makan berkenaan terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala itu tak sempat kunyah sudah telan terus Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang

KURANG MINUM AIR PUTIH 
Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum

BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SAMA BERAT BADAN 
Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti

Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi

Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam dan amalkan pola pemakanan sihat

MAKAN KETIKA TERTEKAN/ STRESS 
Ketika stress, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik

KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal

MAKAN DENGAN POTONGAN YANG BESAR 
Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan

MALAS BERSENAM
Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan , tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman
Kesimpulannya badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam

MAKAN LEWAT MALAM 
Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Comments